Kadar pertukaran nominal dan sebenar Kadar_pertukaran

  • Kadar pertukaran nominal e {\displaystyle e} ialah harga seunit mata wang asing dalam mata wang tempatan.
  • Kadar pertukaran sebenar ('real' exchange rate, RER) ditakrifkan sebagai R E R = e ( P ∗ P ) {\displaystyle RER=e\left({\frac {P^{*}}{P}}\right)} , yang mana P {\displaystyle P} ialah takat harga tempatan dan P ∗ {\displaystyle P^{*}} takat harga asing. P {\displaystyle P} dan P ∗ {\displaystyle P^{*}} mesti mempunyai nilai sebarangan yang sama pada suatu tahun asas yang terpilih. Maka pada tahun asas, R E R = e {\displaystyle RER=e} .

RER ini ideal teori sahaja. Secara amali, terdapat banyak mata wang asing dan nilai takat harga untuk diambil kira. Pada masa yang sama, perhitungan model semakin rumit pula. Lebihan pula, model ini berdasarkan pariti kuasa beli yang menandakan RER yang malar. Penentuan empirik nilai RER malar tidak boleh dicapai walau apa cara pun, kerana mengalami batasan ketika mengumpul data. Pariti kuasa beli boleh menandakan bahawa RER ialah kadar di mana sesebuah pertubuhan boleh memperdagang barang dan perkhidmatan sebuah ekonomi (cth. negara) untuk barang dan perkhidmatan sebuah ekonomi lain. Contohnya, jika harga sebuah barang naik 10% di UK, dan secara serentak mata wang Jepun naik 10% berbanding mata wang UK, maka harga barangan itu adalah kekal bagi seseorang di Jepun. Apapun, penduduk UK masih terpaksa berhadapan dengan kenaikan 10% dalam harga tempatan. Juga diingatkan bahawa tarif yang dikenakan kerajaan boleh menjejaskan kadar pertukaran sebenar, iaitu membantu mengurangkan tekanan harga. Pariti kuasa beli kelihatan tepat dalam jangka masa panjang sahaja (3–5 tahun) apabila harga akhirnya dibetulkan ke arah kesetaraan.

Pendekatan terkini dalam memodelkan RER menggunakan satu set pembolehubah ekonomi, seperti produktiviti relatif dan pembezaan kadar faedah sebenar.

N R i = ( R R i + 1 ) ( I n f l a s i   j a n g k a a n + 1 ) − 1 {\displaystyle NR_{i}=(RR_{i}+1)(Inflasi\ jangkaan+1)-1}